Saturday, May 17, 2008

Secebis Kata

Selamat Datang Ke KampungChat.net

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam sayang.. sayang kasih buat semua.. Moga anda semua sehat wal afiat dirahmati Allah selalu hendaknya.

Setelah 10 tahun di Dunia Maya Internet. Pelbagai pengalaman dan pengajaran yang kami dapat dan Abg-As tempuhi. Pahit maung kehidupan terpaksa ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Blog ini dibina sebagai kenangan dan untuk tatapan anda semua sebagai warga KampungChat.Net dan ianya menjadi Nostalgia hidup kami. Sejarah Penubuhan Laman KampungChat.Net

Pada tahun 1997 sebelum ujudnya Laman KampungChat.Net kami hanyalah sebagai chaters biasa yang sentiasa memberi keceriaan dilaman chat lain.

Kami semua menggembirakan sesiapa saja dimasa itu cara kami chat, kami tidak tumpukan kepada percintaan atau sebagainya.

Kami sentiasa kekalkan ramai kawan/sahabat. Kenalan kami pada masa itu yang kami masih dalam memori kami ialah V6, Pain^Killer, KakRozie, Aku^Giloss, Zorro, LiMe, Psylo, FiNNa, Lyonn, Amiran_Cafe dan lain² lagi.

Selepas 6 bulan kami tidak kami sangka tidak sampai setahun kami terpikir dan tertanya macam mana ye orang bina laman web. Jadi pada Abg yang jenis ingin tahu ini kami cuba bina sendiri tapi gagal maklumlah pada masa itu umur sudah 29 tahun.

Dari segi tidak tinggi, english paham sikit² sahaja semua bahan dalam internet semuanya dalam english. Anda boleh bayangkan mungkin tertanya-tanya bagaimana orang yang tidak tahu english nak bina laman web semuanya english. Segala coding code segalanya english.

Tapi Abg tidak pernah putus asa, orang kata kalau nak seribu daya. Abg terus mempelajari sedikit demi sedikit. Jasa orang paling dekat dengan kami ialah AbgLong. Beliau banyak membantu kami.

Akhirnya pada suatu hari V6 dan rakan² nya p2p Abg dan mendesak Abg supaya support beliau tapi Abg tak mahu. V6 ini tak pernah putus asa juga mendesak Abg supaya bina laman web KampungChat.Net dia desak supaya Abg membeli Domain Address www.kampungchat.net beliau amat berminat untuk berjaya tetapi beliau berharap kepada Abg yang tidak mahir langsung tentang IT.


Akhirnya Abg akur. Abg dan AbgLong beli domain melalui Internet.

Kami terus usahakan dengan sokongan kengkawan Abg. Akhirnya berjaya bina Laman web http://www.kampungchat.net/ Anda saudara² dan saudari abang, kakak dan adik yang Abg-As sayang dan Abg-As hormati terima kasih banyak² penghargaan dan sokongan anda semua tidak kira kecil atau besar jasa anda bersama KampungChat.Net jasa anda tetap Abg-As kenang untuk selamanya.

Banyak kenangan manis dan pahit Abg-As alami dalam membina laman KampungChat.Net ini.


Walau macam mana pun tetap dihadap walaupun dihujani dengan hentaman fitnah dari mereka² mungkin tidak sepakat atau tidak sama pemikirannya.

Begitu jua dari Hacker² dan pengguna internet yang sentiasa tisak pernah senang hati dan ingin mencerobohi laman KampungChat.Net sehinggalah ke hari ini. Nasehat dari Abg untuk anda semua carilah kawan yang sebenar yang boleh membina keharmonian hidup kita. sebaik-baik kawan ialah mereka yang sentiasa mengajak kepada kebaikan.

Terima kasih kepada semua Admin, Moderator dan semua warga yang memberi kerjasama dan sentiasa memberi sokongan kepada laman ini. Selamat maju jaya juga kami ucapkan buat anda sekeluarga.

Abg-As...

Saturday, May 3, 2008

Warga Pentadbir Kampung

Penasehat:
  • Abg-As

Senior Administrator:

  • AbgLong


Administrator :

  • V6
  • Doctoraway
  • Pain^Killer


Moderator :

  • AbgZalie Aboy adik_jamal AkarPoWer amirans_cafe
  • apple_biru atikah Awang azrooy BaCaNg berusgigi
  • blueberrys din Dj^HansDJ_BBGirl DJ_Firdausz
  • Dj_Gelap DJ_ibumisali DJ_Iwan Dj_Kepok Dj_Lovestar
  • DJ_MeTaL DJ_TUAN Dj_WanRicky Erda Fifi Fina
  • intansyazrin jb^bboy KakNgah KampungFM
  • KeTuA_kAmPuNg KgFM Lisa Lyhanna Mack Mitsu
  • ninong2712 PakCik Pu3_Cokelat Putera_Cute
  • riena_izzo Rolex sifu susanna TarZan TokNgah TunTeja
  • Ujiminda Uranium ustaz zulkarnain